Pages

Keistimewaan Bulan Ramadan

Disyariatkan Ibadah Puasa
Sabda Rasulullah s.a.w"Telah tiba kepada kamu bulan Ramadan,iaitu bulan yang penuh keberkatan.Allah telah mewajibkan ke atas kamu agar berpuasa pada bulan itu."-Hadis riwayat Imam Ahmad dalam Musnad Imam Ahmad, hadis no.9133.


Bulan Al-Quran Diturunkan
Firman Allah S.W.T:
"(Kamu diwajibkan berpuasa) pada bulan Ramadan yang mana diturunkan Al-Quran pada bulan itu.(Al-Quran itu) menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan juga membawa keterangan yang menjelaskan petunjuk dan perbezaan antara yang benar dan yang salah."-Surah Al-Baqarah,185.


Pintu Syurga Terbuka Luas
Sabda Rasulullah s.a.w"Apabila datang bulan Ramadan,pintu-pintu syuga akan dibuka."-Hadis riwayat al-Bukhari dalam Sahih al-Bukhari,Kitab al-Shaum,hadis no.1898.


Pintu Rahmat (Belas Kasihan) Terbuka Luas
Sabda Rasulullah s.a.w"Apabila datang bulan Ramadan maka pintu-pintu rahmat dibuka"-Hadis riwayat Muslim dalam Sahih Muslim,Kitab al-Shiyam,hadis no.1079.


Pintu Langit Terbuka Luas
Sabda Rasulullah s.a.w"Apabila masuk bulan Ramadan,pintu-pintu langit dibuka."-Hadis riwayat al-Bukhari dalam Sahih al-Bukhari,Kitab al-Shaum,hadis no.1899.


Pintu-pintu Neraka Tertutup
Sabda Rasulullah s.a.w"Apabila masuk bulan Ramadan,pintu-pintu langit dibuka dan pintu-pintu neraka jahanam ditutup."-Hadis riwayat al-Bukhari dalam Sahih al-Bukhari,Kitab al-Shaum,hadis no.1899.


Syaitan dan Jin Dirantai
Sabda Rasulullah s.a.w"Apabila tibanya malam pertama bulan Ramadan, syaitan-syaitan dan jin yang derhaka dirantai."-Hadis riwayat al-Tirmizi dalam Sunan al-Tirmizi,Kitab al-Shaum,hadis no.618.


Terdapat Lailatulqadar
Firman Allah S.W.T:

"Sesungguhnya KAMI telah menurunkan (Al-Quran) itu pada lailatulqadar.Apakah cara yang membolehkan engkau mengetahui kebesaran lailatulqadar itu? Lailatulqadar ialahmalam yang paling baik berbanding 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan izin Tuhan mereka membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikutnya).
Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar"-Surah al-Qadr,1-5.











0 Responses