Pages

SYIAR-SYIAR PRAKTIK BAGI SISTEM INI.

OLEH:Imam As-syahid Hassan Al-Banna


Sistem al Quran ini berbeza dengan segala sistem dan teori-teori falsafah ciptaan manusia. Ia
tidak membiarkan segala dasar dan ajaranNya tinggal sebagai teori sahaja dalam diri manusia
atau juga tidak sebagai pendapat-pendapat dalam buku-buku atau sebagai kata-kata di bibir
mulut sahaja.
Dasar Islam disyariatkan untuk ditumpu, diperkukuh dan dimanfaatkan kesan dan hasilnya
sebagai interpretasi yang praktik. Umat yang beriman dan mempercayainya mesti bersungguhsungguh
melaksanakan kerja ini. Ianya hendaklah dianggap sebagai suatu kefardhuan dan
mereka yang meremeh-remehkannya tidak boleh dipandang ringan. Orang yang
melaksanakannya akan diberi pahala dan mereka yang meninggalkannya akan dibalas dengan
balasan yang mungkin boleh mengeluarkan mereka dari masyarakat Islam.
Di antara tanggungjawab penting dalam sistem ini yang dijadikan sebagai satu tembok untuk
pemusatan prinsip-prinsipnya ialah:
1. Sembahyang, zikir, taubat, istighfar dsbnya.
2. Puasa, menjaga diri, beringat dari boros.
3. Zakat, sedekah dan berbelanja di jalan kebaikan.
4. Haji, melancung, mengembara, menyelidik dan memerhati kerajaan Allah.
5. Berusaha, bekerja dan menjauhi dari meminta.
6. Jihad, berjuang, menyediakan pejuang dan menjaga keluarga pejuang serta kebaikan mereka
di kala mereka berjauhan.
7. Amar ma'ruf dan memberi nasihat.
8. Mencegah dari yang mungkar, pemulauan orang ramai terhadapnya dan orang-orang yang
melakukannya.
9. Menambah ilmu pengetahuan setiap muslim dan muslimat dalam berbagai bidang hidup
yang sesuai untuk mereka.
10. Baik pergaulan dan berakhlak dengan akhlak yang baik.
11. Sentiasa menjaga keselamatan tubuh dan memelihara pancaindera.
12. Ikatan yang baik di antara pemerintah dengan rakyat dengan menjaga dan taat.
Setiap Muslim dituntut mempraktikkan kewajipan ini dan memperjuangkannya sebagaimana ia
telah di terangkan oleh sistem al Quran. Setiap Muslim jangan sekali-kali mencuaikannya walau
satu daripadanya. Kesemua kewajipan ini telah disebutkan di dalam al Quran. Segala amalan
Nabi saw dan para sahabat menerangkan pelaksanaan ini dengan jelas dan terang. Tiap-tiap
amal tersebut mengukuh dan tertumpu kepada prinsip-prinsip sistem Islam yang kesemuanya
memberi faedah kepada seluruh manusia.
0 Responses