Pages

Mendepani Realiti Dunia Masa Kini...

ana dapat artikel nie dri satu website, mari kita renungkan...

Antara 'barangan mereka yang telah telah digunakan oleh umat islam hari ini.

1. Kita diajar didalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan mereka) bahawa jika ingin mendapatkan vitamin B serta ingin menambah darah didalam badan kita, kita perlulah makan hati haiwan dan hati ayam. Akan tetapi sebenarnya Nabi Muhammad S.A.W tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Sebenarnya dengan memakan hati ayam ia akan melembabkan otak kita kerana hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. Maka kepekatan toksin adalah tinggi di dalam hati haiwan.
2. Kita diajar didalam sains bahawa kopi tidak elok untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi Muhammad S.A.W , selain susu dan madu. Cuba kita lihat kaum Yahudi, mereka adalah peminum kopi contoh yang sangat jelas adalah Starbuck. Profesor dikebanyakan universiti UK yang berbangsa Yahudi akan memiliki sekurang-kurangnya segelas kopi ditangan mereka.

3. Kita turut diajar bahawa dengan daging kambing memiliki tahap kolestrol yang tinggi, namun kambing juga adalah makanan Nabi Muhammad S.A.W . Propaganda mereka seolah-olah ingin merendahkan dan menidakan cara pemakanan Nabi Muhammad S.A.W. Sebenarnya daging kambing adalah daging yang paling kurang kandungan kolesterol.
4. Mereka mengwar-warkan bahawa McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu Trans.
5. Mereka juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang tidak berkhasiat, contohnya coke dan maggi. Jika kita mengetahui. Coke sangat beracun, ia juga tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi). Hari ini apa yang kita lihat Orang Melayu serta umat islam kita amat ketagih akan minuman ini.
6. Untuk pengetahuan, mereka juga telah mengwar-warkan kebaikan pada minuman soya (USA merupakan pengeluar soya terbesar di dunia), namun hakikatnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki serta perempuan. Selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang kerana di dalam soya ada hormon estrogen yang sama dengan estrogen pada wanita. Dia dalam soya juga terdapat phytic acid yang menyebabkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.

Secara kesimpulannya mereka telah pun menyusun strategi dari pelbagai sudut untuk diprogramkan dalam melemahkan umat islam. Hanya kita sedar atau pun tidak

Firman Allah s.w.t:
Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.
|Q.s Al-Baqarah:168|

Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, iaitu yang halal lagi baik dan bertakwalah kepada Allah yang kepadaNya sahaja kamu beriman.
|Q.s Al-Maidah:88|

Oleh itu, makanlah (wahai orang-orang yang beriman) dari apa yang telah dikurniakan Allah kepada kamu dari benda-benda yang halal lagi baik dan bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu hanya menyembahNya semata-mata.
|Q.s An-Nahl: 114|

diambil daripada:http://saint-guerre.blogspot.com
0 Responses