Sistem al Quran ini berbeza dengan segala sistem dan teori-teori falsafah ciptaan manusia. Ia
tidak membiarkan segala dasar dan ajaranNya tinggal sebagai teori sahaja dalam diri manusia
atau juga tidak sebagai pendapat-pendapat dalam buku-buku atau sebagai kata-kata di bibir
mulut sahaja.
Dasar Islam disyariatkan untuk ditumpu, diperkukuh dan dimanfaatkan kesan dan hasilnya
sebagai interpretasi yang praktik. Umat yang beriman dan mempercayainya mesti bersungguhsungguh
melaksanakan kerja ini. Ianya hendaklah dianggap sebagai suatu kefardhuan dan
mereka yang meremeh-remehkannya tidak boleh dipandang ringan. Orang yang
melaksanakannya akan diberi pahala dan mereka yang meninggalkannya akan dibalas dengan
balasan yang mungkin boleh mengeluarkan mereka dari masyarakat Islam.
Di antara tanggungjawab penting dalam sistem ini yang dijadikan sebagai satu tembok untuk
pemusatan prinsip-prinsipnya ialah:
1. Sembahyang, zikir, taubat, istighfar dsbnya.
2. Puasa, menjaga diri, beringat dari boros.
3. Zakat, sedekah dan berbelanja di jalan kebaikan.
4. Haji, melancung, mengembara, menyelidik dan memerhati kerajaan Allah.
5. Berusaha, bekerja dan menjauhi dari meminta.
6. Jihad, berjuang, menyediakan pejuang dan menjaga keluarga pejuang serta kebaikan mereka
di kala mereka berjauhan.
7. Amar ma'ruf dan memberi nasihat.
8. Mencegah dari yang mungkar, pemulauan orang ramai terhadapnya dan orang-orang yang
melakukannya.
9. Menambah ilmu pengetahuan setiap muslim dan muslimat dalam berbagai bidang hidup
yang sesuai untuk mereka.
10. Baik pergaulan dan berakhlak dengan akhlak yang baik.
11. Sentiasa menjaga keselamatan tubuh dan memelihara pancaindera.
12. Ikatan yang baik di antara pemerintah dengan rakyat dengan menjaga dan taat.
Setiap Muslim dituntut mempraktikkan kewajipan ini dan memperjuangkannya sebagaimana ia
telah di terangkan oleh sistem al Quran. Setiap Muslim jangan sekali-kali mencuaikannya walau
satu daripadanya. Kesemua kewajipan ini telah disebutkan di dalam al Quran. Segala amalan
Nabi saw dan para sahabat menerangkan pelaksanaan ini dengan jelas dan terang. Tiap-tiap
amal tersebut mengukuh dan tertumpu kepada prinsip-prinsip sistem Islam yang kesemuanya
memberi faedah kepada seluruh manusia.
Every day we tell each other That this day will be the last
And tomorrow we all can go home free
And all this will finally end
Palestine tomorrow will be free
Palestine tomorrow will be free
No mother no father to wipe away my tears
That’s why I won’t cry
I feel scared but I won’t show my fears
I keep my head high
Deep in my heart I never have any doubt
That Palestine tomorrow will be free
Palestine tomorrow will be free
I saw those rockets and bombs shining in the sky
Like drops of rain in the sun’s light
Taking away everyone dear to my heart
Destroying my dreams in a blink of an eye
What happened to our human rights?
What happened to the sanctity of life?
And all those other lies?
I know that I’m only a child
But is your conscience still alive
I will caress with my bare hands
Every precious grain of sand
Every stone and every tree
‘Cause no matter what they do
They can never hurt you
Coz your soul will always be free
Palestine tomorrow will be free
Palestine tomorrow will be free
HADIS RASULLAH SAW TENTANG PEMBEBASAN CONSTANTINOPLE
Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”
(Hadis riwayat Imam Ahmad)
Di bawah ini adalah satu artikel yang dikirimkan kepada saya oleh seorang rakan. Disiarkan semula di sini untuk tatapan pembaca. Ditambah beberapa keping gambar yang diambil dari Turki untuk dikongsikan.
Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Constantinople untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah swt di dalam Hadis tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, 5 kempen di zaman Kerajaan Umayyah, 1 kempen di zaman Kerajaan Abbasiyah dan 2 kempen di zaman Kerajaan Usmaniyah.
Di dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umayyah, seorang sahabat besar Nabi saw iaitu Abu Ayyub Al Ansary ra telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab, “Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Constantinople”. Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi saw.
Hadis Nabi saw ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al Fatih, khalifah ke-7 Kerajaan Usmaniyyah dan 150,000 orang tenteranya.
Siapakah Sultan Muhammad Al Fatih? Apakah kehebatan Baginda dan tentera-tenteranya sehingga disebut “sebaik-baik raja”dan“sebaik-baik tentera” di dalam hadis tersebut.
PENGENALAN
Baginda dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki – Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup Baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai “sebaik-baik raja” di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al Fatih kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.
Baginda menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 – 1481). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 kerana sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat Baginda mangkat diracun.
PENDIDIKAN
Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Di dalam bidang keagamaan, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al Wali dikatakan dari keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq ra. Di dalam ilmu peperangan pula, Baginda diajar tentang tektik peperangan, memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera.
Di dalam bidang akademik pula, Baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew. Di dalam bidang Ilmu Pemerintahan pula, ayahanda Baginda , Sultan Murad II, dengan tujuan mendidik, semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia, telah melantik Baginda yang baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Dalam usia semuda ini Baginda telah matang menangani tipu helah musuh.
KEPERIBADIAN
Baginda sentiasa bersifat tawadhu’ dan rendah diri . Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulamak-ulamak dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja
Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulamak dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara.
PERSIAPAN AWAL MEMBEBASKAN CONSTANTINOPLE
Selama 2 tahun selepas menaiki takhta, Baginda mengkaji pelan Kota Costantinople setiap malam bagi mengenal pasti titik kelemahannya. Baginda juga mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang tentang strategi yang sesuai untuk digunakan.
Baginda mengarahkan dibina peralatan perang termoden seperti meriam besar yang boleh menembak bom 300 kg sejauh 1 batu. Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Constantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Perjanjian damai dibuat dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Constantinople apabila diserang nanti.
Baginda membawa bersama para ulamak dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Constantinople, Baginda mengarahkan dilaungkan Azan dan solat berjemaah. Tentera Byzantine gentar melihat 150,000 tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah kesunyian alam.
MELANCARKAN SERANGAN KE ATAS CONSTANTINOPLE
Setelah segala persiapan lengkap diatur, Baginda menghantar utusan kepada Raja Bizantin meminta beliau menyerah. Keengganan beliau mengakibatkan kota tersebut dikepung. Pada 19 April 1453, serangan dimulakan. Kota tersebut hujani peluru meriam selama 48 hari. Setengah dinding luarnya rosak tetapi dinding tengahnya masih teguh.
Menara Bergerak
Seterusnya Baginda mengarahkan penggunaan menara bergerak yang lebih tinggi dari dinding kubu Byzantine dan memuatkan ratusan tentera. Tentera Byzantin berjaya memusnahkan menara tersebut setelah ianya menembusi dinding tengah kubu mereka.
Bantuan Dari Pope Vatican
Pope di Rome menghantar bantuan 5 buah armada yang dipenuhi dengan senjata dan tentera. Perairan Teluk Golden Horn direntang dengan rantai besi untuk menghalang kemaraan armada Usmaniyah. Ini menaikkan semula semangat tentera Bizantin.
Melancarkan Kapal Perang Dari Puncak Gunung
Kegembiraan mereka tidak lama. Keesokan paginya, mereka dikejutkan dengan kehadiran 72 buah kapal perang Usmaniyah di perairan Teluk Golden Horn. Ini adalah hasil kebijaksanaan Baginda mengangkut kapal-kapal ke atas gunung dan kemudian diluncurkan semula ke perairan Teluk Golden Horn. Tektik ini diakui sebagai antara tektik peperangan (warfare strategy) yang terbaik di dunia oleh para sejarawan Barat sendiri. Kapal-kapal itu kemudiannya membedil dinding pertahanan belakang kota.
Kapal-kapal perang tentera Byzantin habis terbakar kerana bedilan meriam Usmaniyah. Pertahanan Byzantin menjadi semakin lemah. Baginda mengambil kesempatan pada malamnya dengan memberikan semangat kepada tenteranya serta mengingatkan mereka kepada Hadis Rasulullah saw dan bersama-sama berdoa kepada Allah swt.
Memanjat dan Melastik Dinding Kota
Keesokan paginya tentera Usmaniyah cuba memanjat dinding dalam kubu dengan tangga dan cuba merobohkannya dengan lastik besar. Tentangan sengit pihak Byzantin menyebabkan ramai yang syahid. Baginda memerintahkan tenteranya berundur dan bedilan meriam diteruskan sehingga tengahari.
Karisma Seorang Pemimpin
Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda kejayaan telah menimbulkan rasa bosan dan menghilangkan keyakinan tentera Baginda. Pada saat yang genting ini Baginda berucap menaikkan semangat tenteranya, “Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid ikutlah aku!”.
Mendengarkan itu, Hasan Ulubate, salah seorang tentera Baginda mengetuai sekumpulan kecil 30 tentera membuka dan melompat masuk ke dalam kubu musuh lantas memacak bendera Islam di situ. Mereka kesemuanya gugur syahid setelah dihujani anak panah musuh. Kemudian tentera-tentera Islam menyerbu bertali arus menembusi barisan pertahanan Byzantin sambil melaungkan kalimah Allahu Akbar.
Penawanan Constantinople
Pada 29 Mei 1453, Kota Constantinople jatuh ke tangan Islam. Baginda menukar namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan) . Gereja Besar St Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Baginda dengan tawadhuknya melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur. Semenjak peristiwa inilah Baginda diberi gelaran “Al Fatih” iaitu yang menang kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.
SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA
Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.
Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk.
Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh . Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah saw di dalam Hadisnya itu.
If you ask me about love
And wanna know about it
I am so pleased
It's everything about Allah
The pure love, to our soul
The creator of you and me,the heaven and whole universe
The ONE that made us all
And HE's the guardian of HIS true believers
So when the time is hard
There's no way to turn
As HE promise HE will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE's always watching us, guiding us
And HE knows what's in all in our heart
So when you lose your way
To Allah you should turn
As HE promise HE will always be there...
HE bring ourselves from the darkness into the light
Subhanallah praise belongs to YOU for everything
Shouldn't never feel afraid of anything
As long as we follow HIS guidance all the way
Through the short time we have in this life
Soon it all'll be over
And we'll be in His heaven and we'll all be fine
So when the time gets hard
There's no way to turn
As HE promise He will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE's always watching us, guiding us
And HE knows what's in all in our heart
So when you lose your way
To Allah you should turn
As HE promise HE will always be there...
Allahu Akbar (many times)
So when the time gets hard
There's no way to turn
As HE promise He will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE's always watching us, guiding us
And he knows what's in all in our heart
So when you lose your way
To Allah you should turn
As HE promise HE will always be there...
salam alaik.... sekadar perkongsian dri artikel yang diambil dari iluvislam oleh saudari applelolipop.. mari kita renungkan bersama-sama..
KESAN MELAKUKAN MAKSIAT
Maksiat membahayakan manusia di dunia dan di akhirat. Jika ditanya diri sendiri, adakah kita mengetahui kesan melakukan maksiat? Kesannya sebenarnya hanya dapat diketahui oleh Allah. Namun demikian, kesan maksiat hanya dapat dirasai oleh pelaku maksiat. Secara umumnya maksiat dapat menggelapkan :
• Menggelap Cahaya Ilmu • Menutup Pintu Rezeki • Menimbulkan Keresahan Dalam Hati • Menimbulkan Kegelapan Hati • Melemahkan Hati dan Badan • Menghalang Diri dari Taat • Mengurangkan Umur dan Menghapuskan Keberkatan • Mengurangkan Amalan Baik
Bagaimana Maksiat Menggelap Cahaya Ilmu? Sesungguhnya ilmu adalah cahaya yang diletakkan oleh Allah, sedangkan maksiat memadam cahaya tersebut. Imam Syafi’i duduk didepan Imam Malik. Dia membacakan sesuatu yang kepada Imam Malik, Imam Malik sangat mengagumi ketajaman ketajaman fikirannya. Lalu Imam Malik berkata, ” Aku melihat, Allah telah meletakakkan cahaya dalam hatimu. Jangan padamkan cahaya itu dengan kegelapan maksiat”
Bagaimana Maksiat Menutup Pintu Rezeki? Dalam Musnad dikatakan ” Sesungguhnya seorang hamba tidak mendapatkan rezeki kerana dosa yang dilakukannya”. Sekiranya seseorang itu bertakwa kepada Allah ia akan mendatangkan rezeki, manakala meninggalkan takwa akan mendatang kefakiran dan kemiskinan.
Bagaimana maksiat menimbulkan Keresahan Hati dan Kesusahan? Sesungguhnya orang yang paling sengsara ialah mereka yang miskin iman dan melanggar suruhan Allah. Mereka ini, selamanya akan berada dalam kesengsaraan, kepedihan, kemurkaan dan kehinaan.
"Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta".(Surah Taha;124) Tidak ada seseuatu yang dapat membahagiakan jiwa, membersih, menyucikannya membuat tenang dan menghalau kebimbangan darinya selain keimanan yang benar kepada Allah SWT.
Bagaimana Maksiat Menimbulkan Kegelapan Hati?
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak maka rosaklah seluruh anggota, itulah hati.”Bukhari dan Muslim Hati adalah tempat bersemayam segala perasaan. Perasaan-perasaan ini bergolak dan berubah cepat di dalam hati. Jika hati dikuasai oleh perasaan positif, amal yang lahir adalah kebaikan. Namun, jika ia dikuasai oleh perasaan negative, amal yang lahir adalah keburukan.
Bila seorang hamba telah jatuh kedalam kemaksiatan dia akan dikhianati oleh hati nya dan lidahnya serta seluruh anggota tubuh, yang mana hatinya akan menjadi gelap. Kegelapan hatinya boleh menyebabkan hatinya tidak tertarik untuk bertawakkal kepada Allah. Keadaan ini boleh diibaratkan Seseorang itu yang mempunyai sepasukan askar yang mana bertujuan untuk membelanya dari musuh. Akan tetapi dirinya mengabaikan askar-askar itu dengan melemahkannya dan menyebabkan hubungan dengan mereka terputus. Apabila dia inginkan askar-askar tersebut melawan musuh, asakar-askar tidak mempunyai kekuatan lagi.
Bagaimana maksiat melemahkan hati dan badan? Hati hanya berjalan menuju Allah SWT dengan kekuatan sendiri.sekiranya seseorang terjangkiti dengan dosa, hati akan kehilangan kekuatannya. Sesungguhnya orang mukmin itu kekuatannya terletak pada hati. Sekiranya hatinya kuat, badannya pun turut menjadi kuat .
Disyariatkan Ibadah Puasa
Sabda Rasulullah s.a.w"Telah tiba kepada kamu bulan Ramadan,iaitu bulan yang penuh keberkatan.Allah telah mewajibkan ke atas kamu agar berpuasa pada bulan itu."-Hadis riwayat Imam Ahmad dalam Musnad Imam Ahmad, hadis no.9133.
Bulan Al-Quran Diturunkan
Firman Allah S.W.T: "(Kamu diwajibkan berpuasa) pada bulan Ramadan yang mana diturunkan Al-Quran pada bulan itu.(Al-Quran itu) menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan juga membawa keterangan yang menjelaskan petunjuk dan perbezaan antara yang benar dan yang salah."-Surah Al-Baqarah,185.
Pintu Syurga Terbuka Luas
Sabda Rasulullah s.a.w"Apabila datang bulan Ramadan,pintu-pintu syuga akan dibuka."-Hadis riwayat al-Bukhari dalam Sahih al-Bukhari,Kitab al-Shaum,hadis no.1898.
Pintu Rahmat (Belas Kasihan) Terbuka Luas
Sabda Rasulullah s.a.w"Apabila datang bulan Ramadan maka pintu-pintu rahmat dibuka"-Hadis riwayat Muslim dalam Sahih Muslim,Kitab al-Shiyam,hadis no.1079.
Pintu Langit Terbuka Luas
Sabda Rasulullah s.a.w"Apabila masuk bulan Ramadan,pintu-pintu langit dibuka."-Hadis riwayat al-Bukhari dalam Sahih al-Bukhari,Kitab al-Shaum,hadis no.1899.
Pintu-pintu Neraka Tertutup
Sabda Rasulullah s.a.w"Apabila masuk bulan Ramadan,pintu-pintu langit dibuka dan pintu-pintu neraka jahanam ditutup."-Hadis riwayat al-Bukhari dalam Sahih al-Bukhari,Kitab al-Shaum,hadis no.1899.
Syaitan dan Jin Dirantai
Sabda Rasulullah s.a.w"Apabila tibanya malam pertama bulan Ramadan, syaitan-syaitan dan jin yang derhaka dirantai."-Hadis riwayat al-Tirmizi dalam Sunan al-Tirmizi,Kitab al-Shaum,hadis no.618.
Terdapat Lailatulqadar
Firman Allah S.W.T: "Sesungguhnya KAMI telah menurunkan (Al-Quran) itu pada lailatulqadar.Apakah cara yang membolehkan engkau mengetahui kebesaran lailatulqadar itu? Lailatulqadar ialahmalam yang paling baik berbanding 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan izin Tuhan mereka membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikutnya). Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar"-Surah al-Qadr,1-5.